X

Kindly register in order to view this article
!

Penyanyi Glenn Fredly meninggal dunia

Glenn Fredly - Foto Instagram glennfredly309
A
A

JAKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta hari ini.

Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular 'Januari', dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang tadi.

Menurut agensi berita Antara dan media tempatan lain, punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.

Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!