[VIDEO] Pilu dengar tangisan pekerja di pusat beli belah

JAKARTA - Sebuah pusat beli-belah di sini diselubungi kepiluan apabila sekumpulan pekerja wanita menangis teresak-esak berikutan dipercayai tempat yang menjadi punca rezeki mereka selama ini terpaksa ditutup akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Sebelum ini, Menteri Tenaga Kerja, Ida Fauziyah mendedahkan, jumlah pekerja yang dibuang kerana wabak covid-19 adalah 130,456 orang termasuk pekerja di Ramayana, lapor Tribun News.
Satu rakaman video dimuat naik di Instagram @undercover.id, menunjukkan beberapa pegawai dan pekerja berpelukan sambil menangis kerana terpaksa berhenti kerja berikutan operasi pusat beli belah itu ditutup kerana mengalami kerugian.
Menurut rekod Jabatan Buruh Kota, Ramayana menjadi syarikat pertama mengalami gelombang itu.
Bukan sahaja pegawai tetapi beberapa pekerja dari kedai-kedai yang berada di pusat beli belah itu menerima kesan sama.
Sebaik sahaja mengetahui mereka terpaksa berpisah, semua menangis dan berpelukan antara satu sama lain.
Wakil pusat beli belah memberitahu, penutupan dilakukan sehingga keadaan negara semakin pulih dan bebas Covid-19.
"Kita tutup satu bulan hingga dua bulan kerana mengalami kerugian. Keputusan ini sukar dibuat namun pihak pengurusan telah membuat keputusan sebaiknya," kata Nukmal Amdar, pengurus syarikat tersebut.
[Realitas MASYARAKAT] Ramayana Depok PHK karyawan nangis histeris
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amAgong gering, dinasihatkan berehat untuk pemulihan - Istana Negara
27 Februari 2026 12:17pmMurid Tahun Enam disyaki dicabul dalam semak berhampiran sekolah
26 Februari 2026 06:20pm[VIDEO] Tiga jurulatih Palapes didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris
27 Februari 2026 12:16pmLelaki maut kereta dipandu bertembung treler
26 Februari 2026 08:34pmWarga emas maut ditembak jiran
27 Februari 2026 01:25pm- Iklan -- Iklan -
