Rusia enggan pulang semula pulau Jepun

Lavrov (kanan) bertemu Kono di Moscow, kelmarin. - Foto AP
Lavrov (kanan) bertemu Kono di Moscow, kelmarin. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Hasrat Tokyo mendapatkan kembali empat pulau Pasifik yang menjadi rebutan, terhalang susulan amaran Moscow yang menuntut Jepun mengiktiraf Kepulauan Kuril sebagai milik Rusia sebelum sebarang perbincangan boleh bermula.

Kenyataan tegas Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov itu dikeluarkan susulan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono kelmarin.

Ia sekali gus menggambarkan usaha Rusia menghalang Jepun mendapatkan Kepulauan Kuril.

Ia turut menyukarkan keadaan buat Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang bakal berkunjung ke Moscow untuk bertemu Presiden Vladimir Putin bulan ini.

Harapan Abe agar pertelingkahan berkaitan kepulauan tersebut dapat diselesaikan tahun ini dan perubahan status dapat dilaksanakan.

"Kedaulatan Rusia ke atas kepulauan terbabit bukan subjek perbincangan. Ia merupakan sebahagian Rusia," kata Lavrov sambil menegaskan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyokong pemilikan Rusia ke atas kepulauan terbabit.

Kesatuan Soviet mengambil empat pulau paling selatan di Kepulauan Kuril ketika penghujung Perang Dunia ke-2, manakala Jepun turut menuntut hak wilayah ke atas kepulauan yang dipanggil Wilayah Utara itu.

Pertelingkahan sejak sekian lama itu menghalang kedua- dua negara daripada menandatangani perjanjian damai. - AP

Artikel Berkaitan: