[VIDEO] 'Saya rasa saya kuat tapi...'

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak dapat menahan sebak kerana akhirnya dapat memeluk anak dan isterinya setelah tamat tempoh kuarantin bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19).
Fazley, 42, dikuarantin setelah pulang dari Singapura pada 23 Mac lalu.
Katanya, selama 30 hari tanpa anak-anak dan isteri serta keluarga adalah satu penyeksaan jiwa.
"Terpisah kerana kerja dan #selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan.
"Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati luluh, air mata mengalir tanpa henti. Rindu yang amat sangat!." luahnya di Instagram miliknya semalam.
Menerusi rakaman video itu, isterinya, Datin Azrene Soraya bersama empat anaknya turut menangis sebaik memeluk Fazley.
Sebelum ini, Fazley berada di Singapura selama tiga minggu atas urusan kerja.
Namun demi keselamatan keluarga beliau terpaksa kuarantin diri sendiri setelah pulang selama dua minggu biarpun tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmTengkorak manusia jatuh dari siling ketika ubah suai rumah
10 Januari 2026 08:10amKuil di Dengkil guna bekalan elektrik papan iklan
09 Januari 2026 06:56pmPengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
09 Januari 2026 07:13pmPertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
10 Januari 2026 07:40am- Iklan -- Iklan -
