Menyorok dalam longkang selepas pecah rumah

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A
GOMBAK - [DIKEMASKINI] Tindakan seorang lelaki bersembunyi dalam longkang bagi mengelak ditahan polis berhubung kes pecah rumah di Jalan E5/4 Taman Ehsan gagal apabila dia berjaya dicekup tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, pasukan polis rondaan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes pecah rumah.

"Suspek berusia 35 tahun dan kemudian berjaya ditangkap berhampiran kawasan perumahan tersebut dengan dibantu orang awam.

"Dia ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki berdarah sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dan yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Arifai berkata, dalam kejadian berasingan dua lelaki yang memecah masuk dewan di Pinggiran Batu Caves dengan mencuri dua unit pendingin hawa turut ditahan semalam.

"Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran individu lain yang juga pengadu.

"Polis menahan suspek kira-kira 40 minit kemudian dan merampas beg mengandungi peralatan pecah rumah, dua unit pendingin hawa dan sebuah kereta jenis Toyota dinaiki suspek berusia 28 dan 29 tahun itu," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Peraturan-peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan: