Operasi Gelandangan PKP Covid-19

Pegawai Penguatkuasa JKM Terengganu, Mohd Khairul Azhar Md Jurin (berdiri, dua kanan) menerangkan kepada gelandangan mengenai tujuan mereka ditahan dalam satu operasi di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. - Foto Bernama
Pegawai Penguatkuasa JKM Terengganu, Mohd Khairul Azhar Md Jurin (berdiri, dua kanan) menerangkan kepada gelandangan mengenai tujuan mereka ditahan dalam satu operasi di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Mohd Khairul Azhar Md Jurin (berdiri, dua kanan) menerangkan kepada gelandangan mengenai tujuan mereka ditahan dalam satu operasi di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Ghazali Awang (berdiri, kanan).

Seramai 11 gelandangan yang menjadikan stesen bas dan kawasan sekitar sebagai tempat tidur ditahan dan ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di Marang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Bagi gelandangan yang didapati mempunyai sakit mental, mereka akan menjalani rawatan di Hospital Hulu Terengganu ataupun dibenarkan berada di kawasan mereka tinggal dengan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).- Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024