Zon merah: MB minta rakyat Negeri Sembilan patuh PKP

Antara statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengenai status perkembangan Covid-19 di seluruh daerah Negeri Sembilan.
Antara statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengenai status perkembangan Covid-19 di seluruh daerah Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan terbaharu penularan koronavirus (Covid-19) di negeri itu berikutan dua daerah iaitu Seremban dan Rembau diisytiharkan sebagai zon merah.

Beliau menerusi kenyataan dalam Facebook Bersamo Tok Min berkata, setakat jam 5 petang semalam, Negeri Sembilan mencatatkan kes baharu positif Covid-19 yang agak tinggi iaitu sebanyak 22 kes, berbanding hanya lapan kes pada hari sebelumnya, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 261 kes dengan kadar kematian empat kes.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Negeri Sembilan khususnya di kawasan Ampangan lebih berhati-hati berikutan kawasan berkenaan turut mencatatkan kes bilangan paling tinggi di daerah Seremban.

"Dalam daerah Seremban, kawasan Ampangan didapati mempunyai kes terkumpul paling tinggi dalam Negeri Sembilan.

"Maka Tok Min gesa penduduk Ampangan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dan berharap agar tindakan lebih tegas pihak berkuasa dalam mengawal penularan kes di kawasan tersebut," katanya menerusi kenyataan di laman sosial tersebut.

Katanya, seluruh masyarakat di negeri ini diminta mengikuti segala peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan melaksanakan pematuhan terhadap PKP secara serius.

Artikel Berkaitan: