Covid-19: MotoGP Itali, MotoGP Catalan ditangguhkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SAINGAN MotoGP musim ini hanya dijangka bermula pada pertengahan Jun depan selepas MotoGP Itali dan MotoGP Catalan ditangguhkan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Penangguhan itu secara tidak langsung menjadikan penangguhan ketujuh musim ini selepas pembatalan MotoGP Qatar pada 8 Mac lalu.

Itali dan Sepanyol adalah dua negara majoriti menghadirkan pelumba dan pasukan paling banyak pada saingan MotoGP, cukup terkesan dengan penularan wabak yang meragut ribuan nyawa.

"Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak penganjuran MotoGP, DORNA dukacita memaklumkan bahawa MotoGP Itali (31 May) dan MotoGP Catalan ( 7 Jun) ditangguhkan.

"Situasi Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini menyebabkan dua kejohanan ini terpaksa ditangguhkan.

"Tarikh baharu bagi dua MotoGP ini termasuk MotoGP Perancis dan MotoGP Sepanyol sebelum ini masih belum dapat diputuskan sehingga situasi kembali selamat," kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Saingan MotoGP seterusnya adalah MotoGP Jerman pada 21 Jun depan.

Artikel Berkaitan: