Keputusan SPM 2022 diumum 8 Jun depan

Seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan SPM tahun lalu di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. - Foto Bernama
Seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan SPM tahun lalu di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan diumumkan 8 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan calon SPM boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

"Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan," kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Isnin.

KPM berkata, semakan turut boleh dilakukan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi sehingga 6 petang selain sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM tahun 2022," ujar KPM.

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun lalu di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.