Lelaki ditahan bantu siasat kes bunuh seorang juruteknik

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang juruteknik di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Damansara, hari ini.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di kediamannya di Kapar, Klang pada jam 6 pagi tadi oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya percaya suspek yang juga rakan baik mangsa terlibat dalam pergaduhan sebelum mangsa ditemui mati.

"Kita tidak menolak kemungkinan botol kaca digunakan sebagai senjata berdasarkan serpihan kaca yang ditemui di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

“Lelaki itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 1.20 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai G Puspanathan, 25, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan tangga di tingkat dua pangsapuri itu.

Mayat mangsa dibawa ke hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: