Renjer maut diserang jerung

Sumber gambar: Internet
Sumber gambar: Internet
A
A
A

GLADSTONE - Seorang renjer di Taman dan Hidupan Liar Queensland meninggal dunia selepas diserang seekor jerung ketika berenang bersama beberapa rakannya berdekatan Great Barrier Reef.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang pada Isnin lalu.

Katanya, ketika kejadian mangsa yang berusia 23 tahun dipercayai sedang berenang di belakang sebuah bot bersama rakannya.

Polis tempatan berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Gladstone dan meninggal dunia sekitar jam 10 malam akibat kecederaan parah.

Artikel Berkaitan: