Haiwan peliharaan bukan penyebar Covid-19

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka. FOTO123rf
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka. FOTO123rf
A
A
A

PUTRAJAYA - Masyarakat di negara ini tidak perlu gusar dan khuatir kerana haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing bukan penyebar virus Covid-19.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka.

"Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti virus Covid-19, namun ia tidak merbahaya kerana virus ini hanya menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan tersebut.

"Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia," menurut kenyataan itu.

Jelasnya, walaupun kejadian jangkitan Covid-19 pada manusia amat tinggi namun kes di dalam haiwan kesayangan adalah terpencil kerana haiwan kesayangan didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.

Sehingga kini punca jangkitan pada haiwan adalah berpunca adalah daripada manusia.

"Walaupun sebelum ini terdapat kes positif Covid-19 melibatkan anjing peliharaan di Hong Kong selepas pemiliknya positif wabak berkenaan, tetapi tidak ada bukti bahawa anjing berkenaan menyebarkannya.

"Kes itu bagaimanapun masih lagi dikaji oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kelmarin, BBC News melaporkan seekor Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx, New York disahkan dijangkiti Covid-19.

Mamalia yang diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus daripada penjaga zoo berkenaan.

Sebelum itu, terdapat juga laporan di Belgium, seekor kucing peliharaan dijangkiti Covid-19 yang disebarkan oleh pemiliknya.

Namun, Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata, walaupun kucing berkenaan dijangkiti tetapi belum ada bukti menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Walau bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia menasihati sekiranya pemilik haiwan kesayangan mengesyaki dirinya dijangkiti dengan Covid-19 perlulah segera mengasingkan diri dari haiwan kesayangan bagi mengelakkan in contact.

"Pemilik haiwan kesayangan juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan berkenaan agar tidak diabaikan," katanya.