11 penagih tak sempat lepas gian!

11 individu yang berjaya ditahan polis di kawasan semak di Kampung Bakau Kelibang, Langkawi di sini semalam.
11 individu yang berjaya ditahan polis di kawasan semak di Kampung Bakau Kelibang, Langkawi di sini semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Hasrat 11 penagih dadah untuk melepaskan gian di kawasan semak di Kampung Bakau Kelibang terbantut selepas mereka ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam serbuan jam 6 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 16 hingga 48 tahun.

"Kita mendapati kesemua suspek berkumpul dan tidak mematuhi perintah PKP hari ke-20 untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19)," katanya.

Katanya, mereka ditahan di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 Sek 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: