CovidSinar, UIAM jahit PPE

Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak (dua dari kanan); Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti, Profesor Madya Dr Zulkifli Hasan (tengah) dan Penyelaras IIUM Covid-19 Sewing Brigade, Dr Shamshina Mohamad Hanifa (kanan) bersama Salikin (kiri) serta Azam Osman (dua dari kiri) menunjukkan sut pelindungan diri penuh yang siap dijahit.
Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak (dua dari kanan); Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti, Profesor Madya Dr Zulkifli Hasan (tengah) dan Penyelaras IIUM Covid-19 Sewing Brigade, Dr Shamshina Mohamad Hanifa (kanan) bersama Salikin (kiri) serta Azam Osman (dua dari kiri) menunjukkan sut pelindungan diri penuh yang siap dijahit.
A
A
A

TABUNG Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) berkolaboratif dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas kesihatan.

Sukarelawan Tabung CovidSinar, Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 10 gulung kain sepanjang 3,000 meter yang dianggarkan dapat menjahit sebanyak 1,000 PPE oleh Briged Penjahit Covid-19 UIAM.

Menurutnya, UIAM mempunyai kelas menjahit di kampus yang melibatkan penuntut yang tidak pulang ke kampung halaman termasuk penuntut antarabangsa, selain pensyarah dan kakitangan yang tinggal berdekatan.

“Objektif utama adalah untuk menghasilkan PPE bagi kegunaan Hospital UIAM di Kuantan, Pahang dan beberapa hospital serta klinik kesihatan lain yang akan dikenal pasti.

“Produk yang dihasilkan ialah sut perlindungan penuh, isolation gown, penutup kepala dan penutup but.

“Sepanjang operasi dijalankan, penjarakkan sosial dan kebersihan diri diutamakan dalam kelas menjahit, selain disediakan kemudahan pencuci tangan dan disinfection kelas menjahit turut dibuat,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Dr Muhammad Irwan berkata, usaha tersebut dijalankan Persatuan Kakitangan Akademik UIAM dengan kolaboratif Sinar Harian sebagai penaja utama material dan Malaysian Relief Agency sebagai wakil untuk agihan sut yang telah disiapkan.

Artikel Berkaitan:

Sut PPE sumbangan Tabung CovidSinar yang digunakan kakitangan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai sebelum memulakan mereka memulakan tugasan di Menara City One, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Sut PPE sumbangan Tabung CovidSinar yang digunakan kakitangan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai sebelum memulakan mereka memulakan tugasan di Menara City One, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menurutnya, inisiatif tersebut mendapat perhatian dan bantuan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek yang turut sama menyertai pasukan sukarela bagi menghasilkan PPE.

“Setiap hari ada dua slot iaitu pagi dan petang, masing-masing melibatkan seramai 20 sehingga 25 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan penuntut UIAM untuk tugasan menggunting kain dan menjahit.

“Pasukan sukarelawan setakat ini terdiri daripada 47 orang pelajar, 24 kakitangan dan tiga orang guru menjahit,” katanya.

Jawatankuasa Penyelaras IIUM Covid-19 Sewing Brigade terdiri daripada enam pensyarah iaitu Dr Shamshina Mohamad Hanifa, Dr Aniza Abu Bakar, Dr Khairayu Badron, Dr Dzun Noraini Jimat, Dr Isham Pawan Ahmad dan Dr Muhammad Irwan selaku sukarelawan Tabung CovidSinar.

Pada 31 Mac lalu, kain sepanjang 2,000 meter yang disumbangkan oleh Tabung CovidSinar berjaya menjahit sebanyak 140 sut pelindung penuh, 32 isolation gown, pelindung kepala (133) dan pelindung but (33).

Menurutnya, PPE itu diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Untuk Pejabat Kesihatan Kepong, CovidSinar turut menaja kemudahan khemah, kipas, meja dan kerusi untuk tiga klinik di Kepong iaitu Klinik Kesihatan Jinjang, Klinik Kesihatan Segambut dan Klinik Kesihatan Batu,” katanya.

Kakitangan di Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa memakai sut PPE sumbangan Tabung CovidSinar.
Kakitangan di Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa memakai sut PPE sumbangan Tabung CovidSinar.

Sehingga jam 5 petang semalam, Tabung CovidSinar berjaya mengumpul sebanyak RM557,665.90.

Sinar Harian mengaktifkan Tabung CovidSinar bagi membolehkan rakyat Malaysia tampil bersama-sama mengumpulkan dana untuk petugas kesihatan, sekali gus membantu meringankan beban kumpulan berkenaan dalam usaha memerangi Covid-19.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 019-6680920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).