X

Kindly register in order to view this article
!

"Hang post di status dah la, tak payah di FB bagai": Penjual Mask

Gambar dari FB I Am Parit Buntar.
A
A

PERSELISIHAN faham antara dua individu dipercayai kedua-duanya penjual topeng muka berebut pelanggan tular dalam media sosial.

Perkara itu disiarkan oleh Facebook (FB) I Am Parit Buntar melalui satu kiriman gambar di Facebook miliknya.

Berdasarkan gambar tersebut, terpapar perbualan WhatsApp di antara dua individu berkenaan.

“Kakak, boleh berhenti jual topeng muka tak? Yang tempah dengan saya semua dah beli dengan kakak,” tulis individu A.

Menjawab kepada kenyataan itu, individu B hanya berkata, dia tidak mengetahui perkara tersebut dan meminta maaf.

“Hang post di status dah la, tidak perlu di FB bagai,” jawab individu A.

Dipercayai pelanggan memilih untuk membeli topeng muka dengan individu B kerana ia merupakan barang sedia ada berbanding individu A yang masih menunggu barang tersebut sampai daripada syarikat penghantaran barang.

Gambar perbualan di WhatsApp tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Nampak sangat tidak percaya dekat rezeki yang ALLAH bagi,” tulis pengguna Facebook Syahirah Samsuddin.

“Benda boleh cakap cara elok kan. Memang sahih la perniagaan hang tidak laku esok,” ujar pengguna Facebook Helmi Mat Azmi pula.

Apa pun yang berlaku, janganlah kita bergaduh dalam mencari rezeki. Selesaikanlah dengan cara yang elok, barulah rezeki diberkati.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus