NADI Usahawan@Shopee buka lebih banyak peluang perniagaan

Fahmi berucap semasa merasmikan Kempen NADI Usahawan @ Shopee hasil kolaborasi bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya, pada Selasa.
Fahmi berucap semasa merasmikan Kempen NADI Usahawan @ Shopee hasil kolaborasi bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kempen NADI Usahawan@Shopee melibatkan lebih 100 usahawan dan rakan strategik industri dalam memperkukuh jaringan, memperluas perkongsian ilmu dan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan perniagaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Shopee itu merangkumi komponen e-dagang, affiliate marketing serta Shopee Collection Points bagi membantu komuniti menyesuaikan perniagaan mereka dengan keperluan pasaran dalam talian, sekali gus menjana pendapatan secara lebih mampan.

“Pelaksanaan inisiatif kolaborasi antara NADI dengan Shopee ini turut memperkukuh peranan NADI sebagai platform komuniti yang bukan sahaja menyediakan akses internet secara inklusif.

"Ia turut berfungsi sebagai pemangkin pemerkasaan sosioekonomi, sekali gus menyokong penyertaan komuniti, khususnya usahawan kecil, dalam ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar Fahmi, program yang dijadualkan bermula Februari hingga Ogos tahun ini juga merupakan sebahagian daripada teras keusahawanan di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI, yang memfokuskan pembangunan kapasiti usahawan komuniti bagi memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, program ini telah memanfaatkan lebih 10,000 peserta di seluruh negara melalui bimbingan berstruktur dan sokongan berterusan, meningkatkan kemahiran, memperkukuh daya saing, serta memperluas potensi pasaran perniagaan.

“Usahawan komuniti yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai NADI Usahawan @ Shopee atau menyertai program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI digalakkan untuk mendapatkan maklumat melalui Pusat NADI terdekat atau saluran komunikasi rasmi MCMC,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!