Remaja tikam adik gara-gara berebut kasut baharu

Dua beradik itu pada awalnya bertengkar mengenai siapa yang akan memakai kasut itu yang dibeli secara dalam talian. Foto hiasan
Dua beradik itu pada awalnya bertengkar mengenai siapa yang akan memakai kasut itu yang dibeli secara dalam talian. Foto hiasan
A
A
A

UTTAR PRADESH - Seorang remaja lelaki bertindak menyerang dan menikam adik lelakinya dengan gunting gara-gara berebut memakai kasut baharu.

Menurut polis, Suraj Sharma, 16, dan adiknya, Laxman Sharma, 15, pada awalnya bertengkar mengenai siapa yang akan memakai kasut itu yang dibeli secara dalam talian.

"Pertengkaran itu kemudian menjadi semakin tegang dan dalam keadaan marah, Suraj mengambil gunting lalu menyerang Laxman.

"Serangan itu menyebabkan mangsa cedera di kepala dan tangan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya seerti dilaporkan portal berita tempatan.

Melihat kejadian itu, ahli keluarga mereka bergegas membawa Laxman ke pusat kesihatan komuniti di Ghughli sebelum dirujuk ke hospital daerah akibat keadaannya yang kritikal.

Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Penolong Penguasa Polis Tambahan, Siddharth Kumar menjelaskan, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami semasa menerima rawatan dan proses perundangan sedang dijalankan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!