Perkampungan warga asing di Setia Alam kekal 'kebal'

Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada sebarang tanda penempatan berkenaan akan dikosongkan atau dirobohkan dalam masa terdekat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada sebarang tanda penempatan berkenaan akan dikosongkan atau dirobohkan dalam masa terdekat.
A
A
A

SHAH ALAM – Penempatan haram dipercayai didiami warga asing di Setia Alam dilihat masih beroperasi seperti biasa walaupun beberapa kali digempur pihak berkuasa sebelum ini.

Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati tiada sebarang tanda penempatan berkenaan akan dikosongkan atau dirobohkan dalam masa terdekat, dengan aktiviti harian penghuni berjalan seperti kebiasaan.

Pemerhatian yang bermula kira-kira jam 11 pagi itu dibuat dari luar kawasan atas faktor keselamatan, melibatkan tiga lokasi utama dikenal pasti sebagai tumpuan penempatan,

Tiga lokasi terbabit masing-masing terletak di kawasan berhampiran jirat Cina, tanah bersebelahan Persiaran Setia Makmur serta di sekitar Jalan Hamzah yang sebelum ini dilaporkan pernah menjadi sasaran operasi penguatkuasaan.

Hasil pemerhatian mendapati pergerakan keluar masuk individu dan kenderaan berlaku seperti biasa.

Beberapa motosikal dilihat berulang-alik memasuki penempatan berkenaan, manakala beberapa kereta turut keluar masuk selain terdapat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan berhampiran kawasan itu.

Hasil pemerhatian mendapati pergerakan keluar masuk individu dan kenderaan berlaku seperti biasa.
Hasil pemerhatian mendapati pergerakan keluar masuk individu dan kenderaan berlaku seperti biasa.

Ketika tinjauan dilakukan, beberapa individu dipercayai warga asing dilihat berada di sekitar kawasan penempatan dan sekadar memerhati dari jauh ketika jurukamera Sinar Harian mengambil gambar dari luar lokasi.

Artikel Berkaitan:

Seorang individu yang mahu dikenali sebagai Samad berkata, dia telah menetap di kawasan itu sejak dua tahun lalu berikutan kekangan kewangan.

Menurutnya, pendapatan yang diperoleh sebagai buruh binaan tidak mencukupi untuk menyewa rumah di kawasan lain, selain faktor lokasi yang dekat dengan tempat kerja menjadi antara sebab utama dia terus menetap di situ.

"Saya kerja buruh binaan dengan pendapatan tidak seberapa, jadi memang susah untuk menyewa rumah di luar.

"Sini lebih dekat dengan tempat kerja selain dekat dengan kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan, keadaan ini memudahkan urusan harian saya,” katanya.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Yasir pula mendakwa mereka yang tinggal di kawasan berkenaan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk sekitar dan hanya mahu mencari rezeki.

"Kami hanya bekerja dan tinggal di sini, setakat ini tidak pernah kacau sesiapa.

"Urusan kami sehari hari adalah pergi dan pulang dari tempat kerja, memang habiskan banyak masa dalam kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun, Yasir mendakwa terdapat bayaran tertentu yang perlu dijelaskan kepada individu lain bagi membolehkan mereka terus menetap di kawasan tersebut, namun enggan mendedahkan kepada siapa bayaran itu dibuat serta jumlah yang dikenakan.

Tinjauan dilakukan dari luar kawasan penempatan atas faktor keselamatan.
Tinjauan dilakukan dari luar kawasan penempatan atas faktor keselamatan.

Sinar Harian pada 5 April lalu melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menggempur lokasi dipercayai dijadikan perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini.

Op Bersepadu Mega itu turut dibantu JIM Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, tiga penempatan terbabit dipercayai telah wujud antara lima hingga sembilan tahun yang lalu.

Dalam operasi tersebut, seramai 356 warga asing diperiksa dengan 214 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melibatkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.

Semakan awal mendapati mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh dan pekerja pembersihan.

Menurutn Khairrul Aminus, pihaknya tidak menolak kemungkinan penempatan berkenaan dikawal individu tertentu yang bertindak sebagai ‘ketua’ bagi kutipan sewa bulanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!