Mana 'pakar-pakar' Pakatan Harapan?: Najib

Facebook Najib Razak
Facebook Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir ‘pakar-pakar’ Pakatan Harapan yang didakwanya masih belum mengeluarkan sebarang cadangan atau formula bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan itu melahirkan rasa ‘kecewanya’ terhadap individu seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua yang sebelum ini mengeluarkan bermacam-macam formula sebelum Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan di Facebooknya itu beliau berkata, masuk hari ini sudah 20 hari Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum PRU14, macam-macam formula diwujudkan. Masa negara menghadapi krisis paling besar, formula mereka "yilek" pulak,” katanya sambil bertanya adakah mereka berdua dalam keadaan "ok" atau sebaliknya.

Sementara itu, dalam entri berasingan, Najib menyatakan tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta rakyat mengikat perut untuk membantu majikan.

"Pandangan saya pula ialah, ia lebih baik jika kerajaan PN (Perikatan Nasional) bantu majikan untuk teruskan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak lagi projek-projek infrastruktur serta peluang pekerjaan baru untuk melawan krisis Covid ini," katanya.

Artikel Berkaitan: