Dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik milik Indonesia perlu dirujuk Peguam Negara - Azalina

Azalina bercakap kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: Bernama
Azalina bercakap kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan Indonesia berhubung isu persempadanan di Pulau Sebatik perlu dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana isu berkenaan tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara.

"Saya menteri di Jabatan Perdana Menteri. Isu itu kena tanya Peguam Negara," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Muhammad Qodori mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini secara rasmi milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.

Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia itu bagaimanapun menjelaskan bahawa pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia, apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan negara itu kini dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.

Susulan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menggesa kerajaan supaya memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa perkara terbabit penting kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!