Tiga cadangan sebelum berakhir PKP: Kon Yeow

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menambah dan memudahkan prosedur ujian saringan koronavirus (Covid-19) menjelang sembilan hari terakhir perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan semua kes positif Covid-19 dapat dikesan dan sebelum langkah seterusnya diambil.

Menurutnya, sekiranya perlu kerajaan negeri bersedia membantu usaha KKM inisiatif itu di Pulau Pinang.

"Saya berharap KKM akan menambah dan memudahkan prosedur ujian saringan Covid-19 untuk tempoh sembilan hari lagi sebelum berakhir PKP.

"Ini kerana, kita perlu menggunakan kesempatan berkenaan bagi membolehkan semua kes positif Covid-19 diketahui untuk tindakan lanjut,"katanya pada sidang akhbar menerusi sesi Facebook Live di sini hari ini.

Kon Yeow turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan kawalan pergerakan di sempadan Pulau Pinang bagi membolehkan Pulau Pinang memutuskan rantaian Covid-19 dengan lebih berkesan.

"Negeri seperti Sarawak dan Sabah yang mempunyai kuasa Imigresen negeri n lebih awal melaksanakan pendekatan ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Sumber Manusia menguatkuasakan protokol persekitaran, kesihatan dan keselamatan bagi pihak industri supaya semua perusahaan yang dibenarkan beroperasi diwajibkan mematuhi langkah-langkah keselamatan serta kesihatan dengan tegas tanpa pengecualian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu garis panduan yang lebih jelas terhadap industri penting dan industri sokongan kepada industri penting ini perlu dikemas kini dan diumumkan sebagai makluman umum.