Dua beradik tulis surat tanda penghargaan

Paparan Facebook Mama Eetaa tular dan mencuri perhatian ramai.
Paparan Facebook Mama Eetaa tular dan mencuri perhatian ramai.
A
A
A

SINGAPURA - Surat daripada dua murid Sekolah Rendah Wellington yang menghargai tugas pekerja kawalan serangga perosak menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Mamaa Eetaa berkata, surat yang ditulis dua beradik dikenali Cui En,12, dan adiknya Cui Ying, 11, diberikan kepada saudaranya, Khairul Alainn yang bekerja sebagai pekerja kawalan serangga perosak.

"Ketika itu, Khairul dan rakan sekerjanya sedang berehat di di sebuah blok pangsapuri di Canberra Walk. Namun tiba-tiba sehelai kertas jatuh dari tingkap dua beradik itu yang tinggal di tingkat lima," katanya.

Menurutnya, nota tulisan tangan itu menyatakan penghargaan kepada petugas-petugas yang tetap menjalankan tanggungjawab ketika koronavirus (Covid-19) melanda negara itu.

Intipati kandungan surat itu seperti;

'Kepada anda bertiga; Kami dua beradik berharap hari anda baik-baik sahaja! Jika anda berasa seakan-akan mahu berputus asa, kami mungkin tidak dapat membantu tetapi ketahuilah bahawa kami mengharapkan dan menghargai tugas terbaik anda! Semoga hari anda indah dan ceria! Harap kami dapat menceriakan hari anda!'

Mamaa Eetaa berkata, kata-kata perangsang itu cukup memberi semangat buat petugas barisan hadapan.

"Tahniah diucapkan kepada warga Sekolah Rendah Wellington di atas usaha berterusan memupuk nilai-nilai murni pada anak-anak muda terutama ketika mengharungi zaman penuh cabaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkongsiannya itu tular di laman sosial dan memperolehi lebih 2,600 tanda suka daripada netizen.