Madagascar isytihar darurat kerana kekurangan bahan api

Madagascar mengisytiharkan darurat tenaga di seluruh negara susulan konflik Asia Barat yang menyebabkan gangguan besar terhadap bekalan tenaga - Foto: Agensi
Madagascar mengisytiharkan darurat tenaga di seluruh negara susulan konflik Asia Barat yang menyebabkan gangguan besar terhadap bekalan tenaga - Foto: Agensi
A
A
A

LUSAKA (Zambia) - Madagascar pada Selasa mengisytiharkan darurat tenaga di seluruh negara susulan konflik Asia Barat yang menyebabkan gangguan besar terhadap bekalan tenaga, menurut Anadolu Ajansi.

Negara pulau itu melaporkan kekurangan bahan api di seluruh negara, memaksa Kabinetnya untuk meneruskan langkah segera bagi memulihkan bekalan tenaga dan memastikan kesinambungan perkhidmatan awam.

"Pengisytiharan darurat tenaga membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah luar biasa dan segera untuk memulihkan bekalan tenaga dan memastikan kesinambungan perkhidmatan awam.

"Keputusan itu diambil berikutan pemerhatian bahawa negara sedang menghadapi krisis serius akibat gangguan bekalan tenaga di seluruh pulau yang dikaitkan dengan konflik di Timur Tengah,” menurut kenyataan Kabinet.

Beberapa kerajaan Afrika telah melaksanakan langkah seperti penggantungan cukai ke atas import bahan api sebagai tindak balas terhadap lonjakan harga minyak global yang didorong oleh perang Amerika Syarikat-Israel menentang Iran.

Zambia menghapuskan Cukai Tambah Nilai (VAT) dan menggantung duti eksais ke atas import petrol dan diesel selama tiga bulan yang berkuat kuasa 1 April, manakala Botswana menggantung levi jalan raya dan bahan api selama enam bulan untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!