Wanita, anak saudara 8 tahun maut nahas dua kenderaan

Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk di lokasi kejadian. Foto IPD Kulai
Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk di lokasi kejadian. Foto IPD Kulai
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita bersama anak saudara lelaki berusia lapan tahun maut dalam kemalangan di Jalan Gunung Pulai di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta kira-kira 5 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita tempatan berumur 32 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dari arah tol Kulai ke Gunung Pulai, telah hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Lokasi kemalangan di Jalan Gunung Pulai. Foto IPD Kulai
Lokasi kemalangan di Jalan Gunung Pulai. Foto IPD Kulai

"….motosikal itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita tempatan berumur 54 tahun.

"Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan sedang menerima rawatan di Hospital Kulai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!