Zizi Kirana, Yusuf Bahrin muncul di Mahkamah Syariah

Zizi Kirana hadir secara berasingan dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
Zizi Kirana hadir secara berasingan dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
A
A
A

SUBANG BESTARI – Kehadiran penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis mencuri perhatian apabila ia dikaitkan dengan urusan rumah tangga pasangan itu.

Zizi yang memakai jubah hitam, hadir ditemani pelakon, Ummi Aida pada jam 8.40 pagi.

Bagaimanapun pengacara itu enggan mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah tersebut.

Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dilakukan di mahkamah.

Yusuf hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
Yusuf hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

“Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak,” katanya ringkas kepada media.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, turut mengesahkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mahkamah Rendah Syariah.

Pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.

Artikel Berkaitan:

Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan "All Together Now Malaysia".

Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai tujuan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah berkenaan.

 

Ringkasan AI

  • Kehadiran Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling menarik perhatian ramai.
  • Zizi ditemani pelakon Ummi Aida semasa hadir ke mahkamah.
  • Zizi tidak memberi penjelasan berkenaan tujuan kehadiran mereka ke mahkamah.
  • Ini kali pertama Zizi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah.
  • Zizi dan Yusuf berkahwin pada 19 September 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!