Video tular aniaya kucing, JPV Terengganu terima lebih 300 aduan

Dr Anun. Foto Bernama
Dr Anun. Foto Bernama
A
A
A

DUNGUN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menerima lebih 300 aduan berhubung kejadian seekor kucing yang dilaporkan dianiaya oleh dua kanak-kanak. 

Pengarah JPV Terengganu, Dr Anun Man berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menyiasat secara menyeluruh kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di daerah Dungun.

"Kita memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan perbuatan zalim terhadap haiwan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular di laman sosial sebuah video berdurasi 18 saat yang memaparkan seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Video berkenaan menunjukkan seorang kanak-kanak menarik tali yang diikat pada leher kucing manakala seorang lagi kanak-kanak dilihat menyepak dan memukul kepala kucing itu menggunakan selipar. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JPV Terengganu terima lebih 300 aduan mengenai kucing dianiaya.
  • Kejadian berlaku di daerah Dungun melibatkan dua kanak-kanak.
  • Kes disiasat bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
  • Orang ramai diminta beri maklumat bagi bantu siasatan.
  • Video tular menunjukkan penganiayaan terhadap kucing itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!