MCIEA 2026 dibuka, CIDB perkenal tiga anugerah baharu

Penyertaan MCIEA 2026 telah dibuka sehingga 30 April 2026.
Penyertaan MCIEA 2026 telah dibuka sehingga 30 April 2026.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memperkenalkan tiga kategori baharu bagi Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2026.

CIDB dalam kenyataan memaklumkan, kategori tersebut ialah Anugerah Kecemerlangan dalam Pengurusan Fasiliti yang akan disampaikan kepada syarikat kontraktor yang menekankan aspek kualiti, inovasi dan kelestarian dalam pengurusan fasiliti.

"Kategori kedua ialah Anugerah Ikon Perubahan (Changemaker) yang memberi peluang kepada individu sama ada dari sektor awam, swasta, akademik atau penyelidikan yang berupaya memperkenalkan sesuatu yang baharu serta bermakna berkaitan industri pembinaan.

"Ketiga ialah Anugerah Kontraktor Muda Cemerlang (Outstanding Young Contractor) yang mengangkat kontraktor generasi baharu berusia bawah 40 tahun yang menunjukkan kepimpinan, profesionalisme dan pencapaian luar biasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga kategori baharu tersebut membuka lebih banyak peluang pengiktirafan terhadap peranan pemain industri pembinaan negara.

Tambah CIDB, MCIEA turut memberi anugerah kepada Kontraktor Terbaik (G1-G6), Jurubina Terbaik (G7) dan Pencapaian Antarabangsa dalam kategori Anugerah Kontraktor.

"Bagi Anugerah Projek, ia membabitkan Projek Terbaik (Bangunan) bagi skala kecil, sederhana dan besar, serta Projek Terbaik (Infrastruktur) mengikut kategori sama, selain Anugerah Individu turut diberikan kepada Tokoh Terkemuka.

"Barisan juri terdiri daripada pakar industri, wakil sektor awam dan badan profesional bagi memastikan proses penilaian yang adil, telus dan berintegriti. Selain itu, kesemua proses penilaian MCIEA diaudit oleh syarikat audit bertauliah," katanya lagi.

Penyertaan bagi anugerah berprestij dalam industri pembinaan negara itu telah dibuka bermula Selasa hingga 30 April ini.

Artikel Berkaitan:

MCIEA bukan sekadar anugerah, sebaliknya merupakan pentas mengiktiraf mereka yang bukan sekadar membina, tetapi mengangkat standard industri melalui kecemerlangan, inovasi dan impak sebenar.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, MCIEA telah menjadi penanda aras yang membentuk hala tuju industri daripada projek ikonik sehinggalah kepada individu yang mencorakkan masa depan pembinaan Malaysia.

Ringkasan AI

  • CIDB memperkenalkan tiga kategori baharu untuk Anugerah MCIEA 2026.
  • Anugerah Kecemerlangan dalam Pengurusan Fasiliti diberikan kepada syarikat kontraktor yang menekankan kualiti, inovasi dan kelestarian.
  • Anugerah Ikon Perubahan memberi pengiktirafan kepada individu yang memperkenalkan inovasi dalam industri pembinaan.
  • Anugerah Kontraktor Muda Cemerlang mengiktiraf kontraktor bawah 40 tahun dengan kepimpinan dan pencapaian cemerlang.
  • Anugerah melibatkan Kontraktor Terbaik, Projek Terbaik, dan turut memberikannya kepada Tokoh Terkemuka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!