Ribut petir, angin kencang di kebanyakan negeri - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang. Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda kebanyakan negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Melaka.

Keadaan sama turut diramalkan di Johor (Kulai dan Kota Tinggi), manakala Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau). - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Negeri terjejas termasuk Perlis, Kedah dan Perak.
  • Amaran turut dikeluarkan untuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Di Johor, kawasan terjejas adalah Kulai dan Kota Tinggi.
  • Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu, Kapit dan Bintulu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!