Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita

Tangkap layar rakaman video tular seorang lelaki disyaki melakukan perlakuan tidak senonoh merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya. - Gambar kecil (Wan Azlan)
Tangkap layar rakaman video tular seorang lelaki disyaki melakukan perlakuan tidak senonoh merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya. - Gambar kecil (Wan Azlan)
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis giat memburu seorang lelaki yang disyaki merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan diterima pihaknya pada jam 1.16 petang Ahad lalu berkenaan kejadian yang memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit dan disyaki merakam gambar pelanggan wanita.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti mangsa yang terlibat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222 atau balai polis berhampiran," ujarnya.

Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di media sosial Facebook atas nama Yixin Siew dan Instagram yixin_0111.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Subang Jaya memburu lelaki disyaki merakam bawah skirt wanita.
  • Laporan diterima mengenai kejadian di pusat beli-belah pada Ahad lalu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan beberapa akta lain.
  • Orang awam dinasihatkan agar tidak menyebarkan video yang menjejaskan siasatan.
  • Maklumat kejadian boleh disalurkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!