Kereta lesap ketika balik raya, polis giat kesan 2 lelaki

SHAH ALAM - Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kereta jenis Proton Wira di sebuah premis di Seksyen 33 di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.12 pagi daripada pemilik kereta iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an.
"Kereta pengadu diletakkan di lokasi tersebut pada 21 Mac sebelum dia pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan.
"Bagaimanapun, sebaik pulang dari kampung pada 1.14 pagi, 24 Mac, pengadu mendapati kenderaan itu telah hilang.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek lelaki dipercayai menggunakan sebuah kenderaan lain, mencuri kereta berkenaan. Selain itu, tiada pengawal keselamatan di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sjn Rafiah Isa, di talian 012-3770327 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis sedang mencari dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kecurian kereta Proton Wira di Seksyen 33, Shah Alam
- Kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku pada 21 Mac dan laporan dibuat pada 3.12 pagi oleh pemilik kereta
- Pemilik kereta meninggalkan kereta di lokasi tersebut sebelum pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan dan mendapati kereta itu hilang pada 24 Mac
- Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek lelaki menggunakan kenderaan lain untuk mencuri kereta tersebut
- Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
