Mangsa bot terbalik ditemui lemas

Bekas pensyarah UiTM Perlis ditemui lemas.
Bekas pensyarah UiTM Perlis ditemui lemas.
A
A
A
MACHANG - Mangsa bot terbalik yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara Perlis, Prof Madya Dr Amran Awang, 61, ditemui lemas berhampiran kawasannya terjatuh di Sungai Kelantan, dekat Kampung Sungai Bagan, Pulai Chondong, di sini, petang tadi.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang selepas hilang pada jam 12 tengah hari, semalam apabila bot yang dinaikinya ketika memancing terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan, Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, operasi hari kedua itu dimulakan pada jam 8 pagi dengan kekuatan 38 anggota membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba, angkatan pertahanan awam dan bomba sukarela.

Katanya, selain pasukan keselamatan, operasi tersebut tersebut turut dibantu penduduk kampung yang sama-sama menjayakan kerja mencari dan menyelamat itu.

Tambahnya, operasi tersebut diteruskan dengan jarak pencarian diperluaskan sehingga lima kilometer dari tempat kejadian.

Jelasnya, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan berbatu dan air deras yang lebih dikenali sebagai Batu Manik Urai oleh penduduk tempatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan: