Rangka bayi depan rumah: Reman lima suspek dilanjut tiga hari

Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di Kelemak disambung tiga hari.
Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di Kelemak disambung tiga hari.
A
A
A

ALOR GAJAH - Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak pada Rabu lepas, disambung tiga hari bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Khamis lepas, seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya direman berhubung penemuan rangka yang dipercayai ditanam kira-kira empat bulan lepas.

Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun. - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di Kelemak disambung tiga hari.
  • Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
  • Remaja perempuan 19 tahun dan teman lelakinya direman kerana disyaki ibu dan bapa bayi.
  • Tiga ahli keluarga remaja itu turut ditahan reman.
  • Mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 40 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!