20 lagi kapal Pakistan dibenarkan lalu Selat Hormuz - Islamabad

ANKARA - Iran bersetuju untuk membenarkan 20 lagi kapal di bawah bendera Pakistan melalui Selat Hormuz, yang telah ditutup secara berkesan selama beberapa minggu, lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar mengesahkan langkah itu di platform media sosial X, menyebutnya sebagai isyarat membina yang wajar diberi penghargaan.
Ia ialah petunjuk keamanan dan akan membantu mewujudkan kestabilan di rantau ini, katanya.
"Dialog, diplomasi dan langkah membina keyakinan seperti itu adalah satu-satunya jalan ke hadapan," tambahnya.
Pakistan akan menjadi tuan rumah mesyuarat empat hala mengenai konflik Asia Barat pada Ahad.
Diplomat tertinggi Türkiye, Pakistan, Mesir dan Arab Saudi dijangka bertemu di Islamabad untuk membincangkan usaha berterusan bagi meredakan ketegangan yang kian memuncak di rantau itu ketika perang antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran memasuki bulan kedua.
Selat Hormuz telah ditutup secara berkesan sejak awal Mac berikutan peningkatan konflik yang bermula pada 28 Februari.
Sebelum konflik, purata 138 kapal melalui selat itu setiap hari. - Bernama
Ringkasan AI
- Iran benarkan 20 kapal Pakistan melalui Selat Hormuz.
- Menteri Luar Pakistan galak inisiatif ini sebagai isyarat membina.
- Mesyuarat empat hala akan diadakan di Islamabad.
- Diplomat Türkiye, Pakistan, Mesir dan Arab Saudi akan bertemu.
- Selat Hormuz ditutup sejak awal Mac akibat konflik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
