BASS selamat bertunang

Sharifah Mahani menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Bella dalam majlis pada Sabtu.
Sharifah Mahani menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Bella dalam majlis pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasangan popular, Syed Saddiq Abdul Rahman, 33, dan Bella Astillah, 32, yang dikenali dengan gabungan nama BASS selamat melangsungkan pertunangan dalam satu majlis indah yang penuh bermakna pada Sabtu.

Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kelihatan anggun mengenakan busana khas berwarna biru muda sambil duduk atas pelamin.

Majlis pertunangan diadakan meriah dengan kehadiran keluarga sebelah Syed Saddiq dan Bella serta rakan selain kenalan rapat yang tampil sedondon dengan busana berona kuning lembut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, acara meminang oleh bapa Syed Saddiq, jawapan balas dari bapa Bella, upacara pertukaran hantaran yang dibawa pihak lelaki dan perempuan.

Rombongan dulang boy dari pihak keluarga Ahli Parlimen Muar masuk ke dalam dewan sambil membawa lima dulang hantaran dengan tema masa depan, diikuti tujuh dulang balasan dengan tema Gunung Kinabalu daripada dulang girl dari pihak keluarga penyanyi dan pelakon wanita terbabit.

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menyarungkan cincin pertunangan ke jari penyanyi lagu drama Diari Ramadan Rafique itu.

Sharifah Mahani turut mencium dahi bakal menantunya, manakala Bella kelihatan sebak apabila jari manis disarungkan cincin oleh ibu Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang turut mengenakan rona biru muda kemudiannya membawa sejambak bunga untuk diberikan kepada Bella sebelum memberi ucapan khas buat wanita dicintainya.

Dalam ucapan, Syed Saddiq berkata, beliau bersyukur dapat mengenali Bella dari sisi berbeza khususnya sebagai iron lady yang tidak mengenal penat, sekali gus menyifatkan penyanyi itu amat istimewa buat dirinya.

Sharifah Mahani mencium dahi dahi bakal menantunya.
Sharifah Mahani mencium dahi dahi bakal menantunya.

Penyampai radio dan pengacara terkenal, Haziq Hussni menjadi pengacara di majlis pertunangan pasangan sejoli yang disiarkan eksklusif secara siaran langsung di Astro Awani, Astro Ria dan Sooka itu.

Antara rakan artis dan pempengaruh yang dilihat hadir ke majlis pertunangan BASS termasuklah Nabil Ahmad, Nora Danish, Nasha Aziz, Fazura, Tya Arifin serta suaminya Asyraf Khalid.

Sebelum ini, ahli politik terbabit mengesahkan beliau akan bertunang dengan penyanyi dan pelakon itu selepas melamar Bella di Gunung Kinabalu, Sabah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq berkongsi detik lamaran istimewa yang berlaku di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu ketika hujan lebat dan menyifatkannya sebagai permulaan kisah bahagia mereka.

Syed Saddiq turut memuat naik video berdurasi 34 saat ketika lamaran tersebut dibuat yang menyaksikan mereka berdua segak dan anggun dengan masing-masing mengenakan baju Melayu dan baju kurung.

Dalam video itu juga, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella semasa misi pendakian mereka di gunung berkenaan.

Sebelum pengesahan rasmi itu, abang Syed Saddiq, Space Dollah mencuri perhatian netizen apabila dalam satu rakaman TikTok secara spontan mengucapkan, ‘Selamat datang ke keluarga (ini)’, ketika menerima hadiah daripada Bella, seolah-olah memberi isyarat bahawa hubungan pasangan itu semakin serius.

Rakaman tersebut kemudiannya menjadi tular dan menimbulkan spekulasi bahawa majlis pertunangan bakal berlangsung pada 28 Mac 2026.

Ringkasan AI

  • Syed Saddiq dan Bella Astillah melangsungkan pertunangan pada Sabtu.
  • Majlis meriah dengan keluarga dan rakan hadir sedondon kuning lembut.
  • Pertukaran hantaran dengan tema masa depan dan Gunung Kinabalu.
  • Ibu Syed Saddiq menyarungkan cincin dan Bella sebak.
  • Majlis disiarkan langsung dan ramai artis serta pempengaruh hadir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!