X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja rakam video hina polis, sebut ‘kepala bapak kau’ ditahan

Video remaja mencarut polis yang dirakamkan di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Batu Lima, Kuala Perlis pada Khamis lalu sebelum tular di aplikasi WhatsApp. Gambar kanan: Wari Kiew
A
A

KANGAR - Seorang pelajar yang memuat naik rakaman video menghina polis ketika hebahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan oleh pihak berkuasa itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pelajar berusia 17 tahun berkenaan ditahan kira-kira 12 jam selepas video dirakamnya tular di aplikasi WhatsApp.

Katanya, pelajar itu didapati mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan menyebut ‘kepala bapak kau’ terhadap anggota polis yang sedang membuat hebahan PKP dalam video berdurasi 11 saat itu.

"Suspek dipercayai merakam video dengan kata-kata kesat terbabit di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Batu Lima, Kuala Perlis antara jam 3 hingga 3.30 petang Khamis lepas sebelum memuat naik di WhatsApp.

"Kita kecewa dengan tindakan beliau memandangkan dia adalah seorang pelajar kolej, maka sepatutnya pemikirannya lebih tinggi daripada itu,"katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kata-kata jelik sedemikian dianggap seperti menghina apa yang sedang dilakukan oleh polis sekarang sedangkan tindakan polis adalah usaha untuk kebaikan bersama.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan palang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus