Lelaki bertarung nyawa, jarum jahit tertusuk hampir mengenai jantung

BURIRAM - Seorang lelaki di Thailand berada dalam keadaan kritikal selepas doktor menemui sebatang jarum sepanjang tujuh sentimeter tertusuk di dalam dadanya dan hampir menembusi jantung, lapor Thaiger.
Mangsa, Boonlert Sattaram,25, yang tinggal di daerah Krasang mengadu sakit dada pada Selasa.
Difahamkan, mangsa cuba meminum air bagi meredakan kesakitan tersebut, namun tidak berhasil.
Menurut penyelamat, tiada sebarang kesan luka luaran dapat dilihat pada tubuh mangsa, sebelum dia dibawa ke Hospital Krasang untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan sinar-X mendapati terdapat objek kecil dan tajam berada di dalam tubuhnya berhampiran jantung yang dikenal pasti sebagai sebatang jarum.
Ahli keluarga mangsa mengesyaki jarum tersebut milik mangsa sendiri yang tertinggal di atas katil selepas digunakan untuk menjahit.
Tambahnya, mangsa lazimnya akan terus berbaring sebaik pulang dari kerja, dan berkemungkinan jarum itu tertusuk ke dalam dadanya ketika itu.
Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Buriram untuk menjalani pembedahan dan doktor menyifatkan prosedur tersebut sebagai rumit dan berisiko tinggi. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Thailand kritikal kerana jarum tujuh sentimeter hampir tembusi jantung
- Mangsa mengadu sakit dada dan cuba redakan dengan minum air tetapi gagal
- Tiada kesan luka luaran tetapi sinar-X tunjuk objek tajam berhampiran jantung
- Ahli keluarga syak jarum itu tertinggal di atas katil selepas digunakan menjahit
- Dipindahkan ke Hospital Buriram untuk pembedahan berisiko tinggi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
