Lima kru warga Thailand melecur kapal kargo terbakar

Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini pada Selasa.
Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini pada Selasa.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini pada Selasa.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, maklumat kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 12.20 tengah hari.

"Sejurus menerima laporan, pihaknya segera menggerakkan bot Perkasa 30 ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat. Kejadian dilaporkan berlaku jam 10.20 pagi di bahagian rumah masak.

"Semua lima kru lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun diselamatkan dalam satu operasi pemindahan perubatan (medevac).

Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini, pada Selasa.
Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini, pada Selasa.

Mereka mengalami kecederaan melecur, dengan sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai serius," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum melaksanakan operasi medevac bagi membawa kesemua mangsa ke daratan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu katanya, Maritim Malaysia akan terus komited dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara serta memberi bantuan segera kepada komuniti maritim yang memerlukan.

Operasi berkenaan katanya, tamat sepenuhnya setelah semua mangsa berjaya dipindahkan dan diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Ringkasan AI

  • Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand dari kapal kargo yang terbakar
  • Maklumat kecemasan diterima pada jam 12.20 tengah hari
  • Lima kru lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun diselamatkan
  • Mereka mengalami kecederaan melecur, sebahagiannya serius
  • Operasi pemindahan perubatan (medevac) dilaksanakan untuk memberi rawatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!