Kebajikan pelajar KSHAS terjamin sepanjang PKP

Petugas menyediakan makanan untuk diagihkan kepada pelajar
Petugas menyediakan makanan untuk diagihkan kepada pelajar
A
A
A

KUANTAN - Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) Muadzam Shah memberi jaminan menjaga keselamatan dan kebajikan pelajarnya yang masih berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Mohd Iqbal Ahamat berkata, terdapat kira-kira 100 pelajar terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang masih berada di Kampus KSHAS.

Menurutnya, Uniten menyediakan makanan kepada para pelajar sebanyak dua kali setiap hari melalui Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU).

Beliau berkata, pelajar turut diberikan bekalan makanan lain seperti biskut, roti, snek dan air mineral oleh UNI10 Care, sebuah badan yang ditubuhkan pihak kampus sejak Ogos 2019 untuk menyalurkan bantuan makanan kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat yang memerlukan.

"Usaha ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Pusat Islam Ibnu Khaldun (PIIK), Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) dan Persatuan Wanita Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis) Cawangan Muadzam Shah.

"UNI10 Care menerima dana sumbangan kakitangan Uniten, TAZU, Uniten slamic Centre (UIC), Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan juga orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pelajar Uniten KSHAS menerima sumbangan makanan dua kali sehari yang disediakan pihak universiti sepanjang tempoh PKP.
Pelajar Uniten KSHAS menerima sumbangan makanan dua kali sehari yang disediakan pihak universiti sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, semua pelajar berada dalam keadaan baik di kampus itu sepanjang PKP ini.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa tidak perlu bimbang memandangkan pelajar-pelajar ini sentiasa dikawal rapi oleh felo di setiap blok penginapan masing-masing.

"Felo yang bertugas akan memastikan pelajar seliaan mereka sentiasa terjaga dan mendapat bekalan makanan yang disediakan," katanya.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Muhammad Haizreel Muhammad Zulffadlee Thye, 21, berkata, dia dan rakan-rakan bersyukur atas keprihatinan pihak terlibat yang sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar yang terkandas di kampus sepanjang PKP sehingga 14 April ini.

“Alhamdulillah, dengan bantuan yang diberikan pihak Uniten, kami (pelajar) berasa sangat bersyukur.

"Bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban kami memandangkan agar sukar untuk mendapatkan bekalan makanan di

"Saya dan rakan-rakan tidak bimbang lagi masalah terputus bekalan makanan kerana pihak universiti sentiasa menjaga kebajikan dan menyumbangkan bekalan makanan," katanya.

Katanya, dengan bantuan yang diberikan, pelajar dapat fokus kepada pengajian mereka di kampus yang kini dijalankan secara dalam talian manakala peperiksaan juga diganti dengan tugasan secara dalam talian.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dari Pakistan, Abdul Hafeez Memon, 21, bantuan yang dihulurkan pihak universiti banyak membantunya dalam menjalani kehidupan sepanjang berada di kampus ketika pelaksanaan PKP kini.

Menurutnya, dia tidak perlu lagi keluar ke pasar raya setiap hari untuk membeli makanan.

"Agak sukar dan membebankan untuk saya makan di luar setiap hari (dua kali sehari), namun kini kami tidak perlu risau lagi kerana makanan disediakan pihak universiti," katanya.