Imigresen gempur warga asing 1 Syawal

JIM Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing menerusi pelaksanaan Operasi Omnipresence pada 1 Syawal. Foto: JIM Perak
JIM Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing menerusi pelaksanaan Operasi Omnipresence pada 1 Syawal. Foto: JIM Perak
A
A
A

IPOH – Tarikh 1 Syawal bukan halangan untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing menerusi pelaksanaan Operasi Omnipresence bagi memastikan undang-undang dipatuhi di negeri ini.

Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee berkata, operasi yang dilaksanakan pada Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa.

Menurutnya, operasi terbabit tertumpu di sekitar daerah Kinta, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa. Foto: JIM Perak
Operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa. Foto: JIM Perak

"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 105 individu telah diperiksa secara rawak bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

"Pemeriksaan ini bertujuan mengesan kehadiran warga asing tanpa dokumen sah serta memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook agensi berkenaan pada Sabtu.

emeriksaan secara rawak dilakukan JIM Perak terhadap warga asing di sekitar daerah Kinta pada Sabtu. Foto: JIM Perak
emeriksaan secara rawak dilakukan JIM Perak terhadap warga asing di sekitar daerah Kinta pada Sabtu. Foto: JIM Perak

Artikel Berkaitan:

James berkata, pelaksanaan Operasi Omnipresence merupakan langkah berterusan jabatan dalam memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan imigresen, khususnya ketika musim perayaan.

Tambahnya, pihak jabatan akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa, terutama di lokasi strategik berisiko tinggi.

Ringkasan AI

  • Tarikh 1 Syawal tidak menghalang Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing
  • Operasi Omnipresence yang dilaksanakan melibatkan sembilan pegawai penguat kuasa dari jam 9 pagi hingga 2 petang
  • Operasi tertumpu di daerah Kinta, terutama di kawasan hotspot
  • Sebanyak 105 individu diperiksa secara rawak untuk memastikan pematuhan undang-undang imigresen
  • Jabatan Imigresen Negeri Perak akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan ini dari semasa ke semasa di lokasi berisiko tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!