Op Omnipresent: Lokasi hotspot warga asing di Selangor diperiksa - JIM

Penguat kuasa JIM Selangor melaksanakan pemeriksaan warga asing menerusi Op Omnipresent di sekitar Selangor sejak Jumaat. Foto JIM Selangor
Penguat kuasa JIM Selangor melaksanakan pemeriksaan warga asing menerusi Op Omnipresent di sekitar Selangor sejak Jumaat. Foto JIM Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Semua lokasi 'hotspot' di Selangor yang menjadi tumpuan warga asing diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada musim perayaan Aidilfitri sejak Jumaat.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, JIM Selangor terus mempergiatkan pemantauan tumpuan warga asing menerusi rondaan dan pemeriksaan berkala.

Jelasnya, pelaksanaan operasi khas secara menyeluruh itu disertai 16 pegawai penguat kuasa menerusi dua pasukan khas.

"Antara kawasan tumpuan utama operasi termasuk di sekitar hentian bas di Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, Kawasan 13 Klang dan Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam.

"Selain itu, Pasar Borong Selayang, Mentari Court Sunway, GM Klang dan Pasar Taman Sri Muda Shah Alam juga diperiksa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, setakat tiga hari Op Omnipresent ini dilaksanakan, seramai 200 warga asing telah diperiksa.

Jelasnya, Op Omnipresent dilaksanakan dengan kenderaan rasmi dilengkapi lampu beacon sebagai langkah meningkatkan kehadiran anggota penguat kuasa.

"JIM komited memastikan pematuhan undang-undang imigresen dan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam," ujarnya.

Tegasnya, JIM Selangor menyeru orang ramai supaya segera menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lokasi hotspot di Selangor yang tumpu warga asing diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia sempena Aidilfitri
  • Pemantauan diperhebat dengan rondaan dan pemeriksaan berkala oleh JIM Selangor
  • Operasi khas disertai oleh 16 pegawai melalui dua pasukan khas
  • Kawasan tumpuan utama termasuk Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, dan beberapa pasar serta kawasan di Shah Alam
  • Seramai 200 warga asing telah diperiksa dalam tiga hari operasi Op Omnipresent

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!