Nelayan hilang dipukul ombak ditemukan lemas di perairan Pulau Bruit

Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut apabila bot dinaikinya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, Daro pada Khamis, ditemukan lemas tengah hari Sabtu. - Gambar hiasan
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut apabila bot dinaikinya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, Daro pada Khamis, ditemukan lemas tengah hari Sabtu. - Gambar hiasan
A
A
A

MUKAH - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut apabila bot dinaikinya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, Daro pada Khamis, ditemukan lemas tengah hari Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Mahkos Juing berkata, mayat Aldin Rakli, 59, ditemukan nelayan yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 12.05 tengah hari.

Beliau berkata, mayat itu ditemukan pada kedudukan kira-kira 3.5 batu nautika barat laut dari Pantai Tekajong dan susulan penemuan tersebut, operasi itu ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari.

"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Tekajong untuk pengesahan oleh Kementerian Kesihatan dan proses pengecaman ahli keluarga, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Daro bagi tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis, mangsa bersama adik iparnya Kaharruddin Buang, 42, yang terselamat, sedang dalam perjalanan dari Kampung Betanak, Pulau Bruit ke Kuala Matu sebelum bot mereka dipukul ombak kuat ketika melalui perairan Tanjung Sirik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Nelayan dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut akibat dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik
  • Mayat Aldin Rakli, 59, ditemukan oleh nelayan lain dalam operasi pencarian dan penyelamatan
  • Mayat ditemukan kira-kira 3.5 batu nautika barat laut dari Pantai Tekajong
  • Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Tekajong untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut
  • Kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik iparnya dalam perjalanan dari Kampung Betanak ke Kuala Matu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!