Penyokong Liverpool, sabarlah ye: Ancelotti

Liverpool terpaksa menunggu lagi untuk muncul juara EPL.
Liverpool terpaksa menunggu lagi untuk muncul juara EPL.
A
A
A

PENGENDALI Everton, Carlo Ancelotti memahami perasaan penyokong Liverpool ketika ini yang mahu melihat pasukan mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, penyokong The Reds perlu bersabar menunggu sehingga wabak koronavirus (Covid-19) pulih dan liga disambung semula seperti biasa.

Malah, beliau juga mengakui tidak adil buat gergasi EPL itu seandainya liga dibatalkan selepas Liverpool hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk bergelar juara.

"Ya, saya sangat memahaminya. Namun, sekali lagi yang terpenting hari ini adalah kesihatan semua orang terjamin.

"Kita hanya perlu memikirkan soal kesihatan ketika ini dan mengikuti saranan pihak berkuasa untuk tetap berada di rumah.

"Ini adalah perkara paling utama dan hanya pihak berkuasa yang boleh membuat keputusan," katanya.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan dikeluarkan badan pentadbir liga itu awal pagi tadi, saingan EPL disahkan tidak akan disambung pada awal Mei dan hanya akan dijalankan semula jika keadaan telah selamat.

Ia sekali gus meneruskan lagi penantian The Reds untuk menamatkan penantian penuh penyeksaan selama 30 tahun menjulang trofi EPL itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Ancelotti juga tidak menolak cadangan agar perlawanan tanpa penonton diadakan selepas wabak tersebut pulih.

"Tetapi, keselamatan semua pihak bukan hanya pemain perlu dijadikan keutamaan kerana tidak mahu bola sepak dijadikan sebagai alasan penyebaran kembali virus tersebut.

"Memang bermain dengan tanpa penyokong bukan pilihan terbaik dan bola sepak. Tetapi, jika ia terpaksa dilakukan, maka saya bersetuju," katanya.