Raja Muda Perlis seru semangat perpaduan dalam kalangan rakyat terus dipupuk

Tuanku Syed Faizuddin. Foto: Bernama
Tuanku Syed Faizuddin. Foto: Bernama
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar semangat perpaduan, saling menghormati dan nilai kasih sayang terus dipupuk dalam kalangan masyarakat demi memastikan kesejahteraan negeri dan negara sentiasa terpelihara.

Dalam perutusan bersempena dengan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam di negara ini pada Sabtu, baginda turut menasihati orang ramai yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.

"Umat Islam diajak agar tidak melupakan saudara-saudara seagama yang sedang berdepan dengan pelbagai ujian dan penderitaan di beberapa negara yang sedang bergolak dengan terus mendoakan keamanan serta kesejahteraan buat mereka,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Perlis dan semua umat Islam.

"Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan, Aidilfitri hadir sebagai lambang kemenangan dan kesyukuran, di samping menjadi kesempatan terbaik untuk mempererat hubungan silaturahim sesama keluarga, sahabat handai serta masyarakat,” titah baginda. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Raja Muda Perlis menyeru masyarakat untuk memupuk perpaduan, saling menghormati, dan kasih sayang demi kesejahteraan negeri dan negara Baginda menasihatkan orang ramai yang pulang kampung untuk Aidilfitri agar berhati-hati di jalan raya dan mengutamakan keselamatan Umat Islam diajak mendoakan keamanan dan kesejahteraan untuk saudara seagama yang berdepan dengan ujian dan penderitaan Raja Muda dan keluarganya menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Perlis dan umat Islam Aidilfitri dianggap lambang kemenangan dan kesyukuran, serta menjadi kesempatan untuk mempererat hubungan silaturahim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!