Program IMRAN berkongsi berkah Ramadan bersama pelajar

Abdul Razak (tujuh dari kiri) dan Mastura (lima dari kanan) bergambar bersama para pelajar City Universiti, Cyberjaya
Abdul Razak (tujuh dari kiri) dan Mastura (lima dari kanan) bergambar bersama para pelajar City Universiti, Cyberjaya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026.

Program dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Politeknik Banting, Selangor pada 24 Februari lalu.

Program IMRAN merupakan program signatur di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021.

Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Selangor, Rohaida Deris (tiga dari kanan) dan kakitangan PTPTN bersama pelajar City Universiti, Cyberjaya bergotong royong menyediakan juadah bubur lambuk.
Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Selangor, Rohaida Deris (tiga dari kanan) dan kakitangan PTPTN bersama pelajar City Universiti, Cyberjaya bergotong royong menyediakan juadah bubur lambuk.

Program itu bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim serta memperkukuh hubungan baik antara PTPTN dengan para pelajar dan institusi pendidikan. Melalui penganjuran program ini, nilai-nilai kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan pelajar serta tenaga pengajar secara berterusan.

Program itu berlangsung dengan skala yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya bermula 24 Februari hingga 13 Mac 2026.

PTPTN telah menjelajah ke lima zon meliputi tujuh lokasi seluruh Malaysia iaitu Zon Tengah di Politeknik Banting dan City Universiti, Zon Utara di Politeknik Ungku Omar, Zon Timur di Politeknik Kota Bharu dan Zon Selatan di Politeknik Ibrahim Sultan.

Artikel Berkaitan:

Norliza (empat dari kanan) merasmikan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) bertempat di Politeknik Banting, Selangor.
Norliza (empat dari kanan) merasmikan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) bertempat di Politeknik Banting, Selangor.

Manakala bagi Zon Borneo pelaksanaan program ini akan diadakan di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak.

Program IMRAN bukan sahaja menyemarakkan budaya berkongsi rezeki, malah mengeratkan silaturrahim antara PTPTN dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta memperkukuh persepsi positif masyarakat terhadap peranan PTPTN dalam menyantuni komuniti.

Melalui program ini, kakitangan Politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar serta kakitangan PTPTN bersama-sama bergotong-royong untuk penyediaan makanan berbuka puasa.

 

 

Ringkasan AI

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengadakan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026 untuk merapatkan hubungan dengan warga institusi pendidikan dan komuniti setempat
  • Program tersebut diresmikan oleh Datuk Seri Norliza Abdul Rahim di Politeknik Banting, Selangor
  • Program IMRAN adalah inisiatif CSR PTPTN yang bermula pada tahun 2021
  • Program ini diadakan dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026 di lima zon meliputi tujuh lokasi seluruh Malaysia termasuk Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Putra Malaysia Sarawak
  • Kakitangan Politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar, pelajar serta kakitangan PTPTN bersama bergotong-royong menyediakan makanan berbuka puasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!