Penangan 'Lemang Tok Singa'

Antara kaedah pembuatan paling penting iaitu memastikan bancuhan santan dan pulut sekata untuk menghasilkan lemang yang enak dan memenuhi cita rasa pelanggan.
Antara kaedah pembuatan paling penting iaitu memastikan bancuhan santan dan pulut sekata untuk menghasilkan lemang yang enak dan memenuhi cita rasa pelanggan.
A
A
A

KUALA NERUS – Bermula cuba-cuba, kini 'Lemang Tok Singa' mendapat sambutan luar biasa apabila sebanyak 100 batang habis terjual dalam tempoh tidak sampai 20 minit.

Hasil air tangan warga Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para) itu kini menjadi 'buruan' penduduk sekitar Kuala Nerus dan Seberang Takir sebagai juadah berbuka puasa dan persiapan menjelang Aidilfitri.

Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abdul Aziz berkata, pemilihan nama Tok Singa tersebut melambangkan identiti pasukan mereka iaitu Aslan’s Warrior atau lebih dikenali sebagai Singa Para.

Menurutnya, rahsia utama menarik minat pelanggan adalah pengekalan cara penyediaan tradisional sepenuhnya walaupun dalam zaman serba moden.

"Kami mengekalkan penggunaan kayu api, santan segar yang baru diperah, beras pulut gred terbaik serta penggunaan daun lerek yang berkualiti tinggi.

“Malah, aspek kebersihan amat kami titik beratkan apabila setiap buluh akan dilap dan dibersihkan terlebih dahulu demi menghasilkan kualiti lemang yang terbaik dan bersih untuk pelanggan,” katanya ketika ditemui di gerai Lemang Tok Singa di sini.

Koperal Wan Ahmad Izwan Wan Mukhtar (kanan) dan Koperal Muhammad Amirul Maidin memotong daun lerek agar sempadan dengan saiz buluh yang disediakan.
Koperal Wan Ahmad Izwan Wan Mukhtar (kanan) dan Koperal Muhammad Amirul Maidin memotong daun lerek agar sempadan dengan saiz buluh yang disediakan.

Tambah beliau, pengeluaran lemang kini ditingkatkan kepada 250 batang sehari bagi menampung permintaan yang sangat menggalakkan.

Artikel Berkaitan:

“Pada mulanya kami hanya menjual 50 batang lemang pada hari pertama sebagai percubaan dan semuanya habis dijual sekitar jam 3 petang.

“Melihat sambutan sangat menggalakkan, kami meningkatkan pengeluaran kepada 100 batang pada hari kedua sebelum menambah kepada kira-kira 250 batang setiap hari dan tempahan biasanya sudah habis menjelang jam 12 tengah hari," ujarnya.

Jelasnya, penglibatan mereka dalam pembuatan lemang ini juga mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat.

Mohd Ashafiq (tengah) menyantuni pelanggan yang datang untuk mendapatkan lemang di gerai Lemang Tok Singa di Kuala Nerus, Terengganu.
Mohd Ashafiq (tengah) menyantuni pelanggan yang datang untuk mendapatkan lemang di gerai Lemang Tok Singa di Kuala Nerus, Terengganu.

“Ini kali pertama Tok Singa berpeluang berkongsi rezeki. Sebagai tanda syukur, kami turut memberikan 10 hingga 20 batang lemang secara percuma setiap hari kepada golongan memerlukan, ibu mengandung dan OKU.

“Ia selaras dengan Tonggak Keenam Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-24 iaitu 'ATM Bersama Masyarakat, Bagai Aur Dengan Tebing' yang melambangkan kesatuan dan perpaduan,” ujarnya.

Bagi memastikan lebih ramai dapat merasai keaslian lemang tersebut, 18 RAMD (Para) akan meningkatkan pengeluaran kepada 600 batang sehari sehingga hari raya ketujuh.

Gerai yang terletak di hadapan Kem Seri Pantai, Seberang Takir itu dibuka seawal jam 9 pagi.

“Biasanya kami menyediakan 80 kilogram pulut dan 80 kilogram santan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Dengan harga RM20 sebatang, pelanggan akan berpuas hati dengan saiz yang besar dan padat dengan rasa lemak santan asli,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Lemang Tok Singa mendapat sambutan hebat, habis terjual 100 batang dalam waktu kurang dari 20 minit di Kuala Nerus dan Seberang Takir
  • Pemilihan nama Tok Singa melambangkan identiti pasukan Aslan's Warrior atau Singa Para
  • Rahsia utama tarikan adalah pengekalan cara penyediaan tradisional menggunakan kayu api, santan segar, beras pulut gred terbaik, dan daun lerek berkualiti
  • Produksi lemang ditingkatkan hingga 250 batang sehari untuk memenuhi permintaan yang menggalakkan
  • 18 RAMD (Para) berinisiatif memberikan 10 hingga 20 batang lemang percuma setiap hari kepada golongan memerlukan sebagai tanda berkongsi rezeki

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!