Perjalanan lebih 10km perlu alasan kukuh: Abdul Hamid

Perjalanan lebih 10km ini tidak terpakai kepada orang awam yang ingin mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.
Perjalanan lebih 10km ini tidak terpakai kepada orang awam yang ingin mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang awam yang ingin melakukan perjalanan lebih 10km dari rumah masing-masing dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang ramai perlu mengemukakan bukti kukuh seperti menunjukkan bil air atau elektrik sekiranya ada urusan rasmi atau keperluan penting yang perlu dilakukan.

Menurutnya, perjalanan lebih 10km itu hanya ditujukan kepada orang awam yang mempunyai alasan kukuh hendak keluar dan mempunyai urusan yang dibenarkan seperti pergi ke bank atau kedai membeli barangan tertentu.

"Bagaimanapun, perjalanan lebih 10km ini tidak terpakai kepada orang awam yang ingin mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital, misalnya jika orang awam ingin mendapatkan rawatan yang mungkin jauh dari tempat tinggalnya iaitu lebih kurang 15km dari klinik atau hospital,

"Tidak mempunyai masalah dan hanya perlu tunjuk surat atau dokumen daripada doktor yang menyatakan mereka ini memerlukan rawatan perubatan," katanya ketika ditemui Bernama di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya amat memahami situasi berkenaan dan polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai melakukan perjalanan lebih 10km bagi mendapatkan rawatan perubatan jika ada keperluan.

"Insya-ALLAH mereka (anggota polis) akan faham situasi ini, saya berikan mereka kuasa seluas-luasnya untuk menggunakan budi bicara mereka berdasarkan fakta di tempat bertugas masing-masing.

"Sebagai contoh, jika terdapat orang awam membawa anak atau orang tua yang tidak sihat untuk mendapatkan rawatan tetapi tidak mempunyai kad, mereka dibenar untuk pergi ke hospital tetapi perlu menjelaskan keadaan mereka kepada anggota polis yang bertugas membuat sekatan jalan raya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hamid berkata, beliau sentiasa memberi peringatan kepada anggota yang bertugas di sekatan jalan raya jika terdapat kes orang ramai yang memerlukan rawatan atau kecemasan supaya tidak ditahan.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 km bagi mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya terdapat keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bazar Ramadan sepanjang PKP: Ismail Sabri

Polis minta bil elektrik, air elak orang ramai menipu

Ia termasuklah perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan PKP fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10km. - Bernama