Kulasegaran wajar dikritik, bukan wakil NGO – Kamil Munim

Laporan Sinar Harian dan Muhammad Kamil (kanan)
Laporan Sinar Harian dan Muhammad Kamil (kanan)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy ke mahkamah wajar dikritik.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, ini kerana beliau mempunyai jawatan dalam kepimpinan kerajaan.

"Dia adalah Timbalan Menteri Undang-Undang, bukan ketua biro perundangan mana-mana punya pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

"Bagaimana anda boleh muncul bersama orang kena tuduh (OKT)," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Arun, 56, ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M Kulasegaran mengiringi aktivis Arumugam Dorasamy ke mahkamah dikritik
  • Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tindakan tersebut tidak wajar kerana Kulasegaran adalah seorang pemimpin kerajaan
  • Dia menegaskan Kulasegaran bukan ketua biro perundangan NGO
  • Muhammad Kamil mempertikaikan kehadiran Kulasegaran bersama orang kena tuduh
  • Arun didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan dengan sebuah video di WhatsApp dan Instagram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!