Penghulu raya dipenjara, cabul warga emas

Seorang penghulu didenda RM1,000 dan hukuman penjara selama dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
Seorang penghulu didenda RM1,000 dan hukuman penjara selama dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

BACHOK - Seorang penghulu menerima hukuman setimpal apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu.

Tertuduh berusia 54 tahun itu turut dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu bermula dari tarikh tangkapannya pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki berkenaan membuat pengakuan tersebut selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa.

"Siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi pada Sabtu lalu semasa mangsa datang ke kedai runcit milik suspek untuk mengecop borang permohonan bantuan," katanya.

Menurut beliau, penghulu itu kemudian ditahan reman selama empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusoff memberitahu, hukuman penjara selama dua minggu itu bermula dari tarikh tangkapan penghulu tersebut pada Ahad lalu.

Kes tersebut sebelum ini tular di media sosial selepas timbul dakwaan seorang penghulu mencabul wanita warga emas yang hadir untuk mendapatkan pengesahan dokumen bantuan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penghulu cabul warga emas dihukum denda RM1,000 dan penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Bachok
  • Tertuduh berumur 54 tahun
  • Kejadian berlaku ketika mangsa datang untuk mengecop borang permohonan bantuan di kedai runcit milik suspek
  • Penghulu itu ditahan reman empat hari untuk siasatan
  • Kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!