Lebih 200 'bikers' sertai program ukhuwah MADANI di Rawang

Lebih 200 'bikers' hadir dalam program tersebut. Foto FB AKM Selangor
Lebih 200 'bikers' hadir dalam program tersebut. Foto FB AKM Selangor
A
A
A

RAWANG – Kira-kira 270 penunggang motosikal menyertai Program Ukhuwah MADANI bersama Persatuan Bikers MT-Family Kebangsaan yang berlangsung di Bukit Sentosa di sini pada Sabtu.

Ketua Kumpulan Kelab Pemotoran Family MT Malaysia, Mohamad Sumardi Mohamad Jais berkata, program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Selangor dengan kerjasama persatuan itu bertujuan memperkukuh semangat perpaduan serta penghayatan nilai kenegaraan dalam kalangan komuniti.

Menurutnya, program tersebut turut menggabungkan aktiviti berbuka puasa dan pengisian kenegaraan kepada peserta.

"Penglibatan komuniti bikers dalam program seumpama ini mampu menjadi medium terbaik untuk memupuk ukhuwah tanpa mengira latar belakang. Dalam masa sama diselitkan ceramah serta aktiviti berkaitan kenegaraan Malaysia.

“Kita tekankan aspek ukhuwah dalam kalangan ahli, selain mengeratkan silaturahim sesama bikers melalui aktiviti berbuka puasa bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (kiri) turut bersama dalam program tersebut. Foto AKM Selangor
Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (kiri) turut bersama dalam program tersebut. Foto AKM Selangor

Beliau berkata, konsep keterbukaan menjadi keutamaan apabila penyertaan tidak terhad kepada jenis motosikal atau kumpulan tertentu.

“Family MT lebih menitikberatkan keukuhan hubungan, tidak kira jenis motosikal, asalkan kita dapat berkumpul dan mengeratkan hubungan,” ujarnya.

Program itu diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin dan wakil agensi termasuk Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah AKM Negeri Selangor, Ahmad Shukri Adnan; Penyelaras Ahli Dewan Negeri (ADN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad serta Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Fuad Ahmad Naravi.

Program tersebut turut menggabungkan aktiviti berbuka puasa dan pengisian kenegaraan kepada peserta.
Program tersebut turut menggabungkan aktiviti berbuka puasa dan pengisian kenegaraan kepada peserta.

Sementara itu, Ahmad Shukri dalam ucapannya menekankan kepentingan penghayatan konsep Malaysia MADANI dalam membina masyarakat yang bersatu padu.

Katanya, program tersebut juga diisi dengan sesi interaktif kenegaraan yang memberi pendedahan mengenai kepentingan semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

"Penganjuran program ini diharap dapat terus menjadi platform memperkukuh hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!