Mat motor 'bertempur' depan masjid waktu sahur, seorang terkulai dihentak topi keledar

MELAKA - Tular aksi mat motor 'bertempur' menerusi video tular dipercayai berlaku di hadapan sebuah masjid di Tangga Batu pada waktu sahur sekitar jam 4 pagi Ahad.
Sekurang-kurang 20 invididu terbabit dalam insiden pergaduhan itu yang ada antaranya menggunakan topi keledar sebagai senjata melakukan kekerasan.
Menerusi satu klip video berdurasi 1 minit 21 saat, memaparkan seorang individu dihentak menggunakan topi keleder beberapa kali sebelum dilihat terbaring tidak sedarkan diri.
Difahamkan, kejadian membabitkan dua kumpulan selepas salah seorang daripadanya dituduh terlibat kes curi motosikal.
Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas lanjut polis negeri berkenaan insiden tersebut, setakat ini, polis mengesahkan kes sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka.
Ringkasan AI
- Tular aksi 'mat motor' bertempur di hadapan masjid di Tangga Batu pada waktu sahur
- Sekurang-kurangnya 20 individu terlibat dalam pergaduhan menggunakan topi keledar sebagai senjata
- Seorang individu dihentak menggunakan topi keledar sehingga terbaring tidak sedarkan diri
- Pergaduhan dipercayai berlaku kerana tuduhan terlibat dalam kes curi motosikal
- Polis mengesahkan kes sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Melaka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

